BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2009-01-12




Syeikh Ahmad Yasin pernah berkata:


“Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku yang lemah ini.



“Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai penyakit.

“Namun, adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa.

“Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah ...



“Tiada satu pun kumpulan (dari kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya.



“Malah kami dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

“Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.

"Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.



"Siapa kamu? Apa yang telah kamu sumbangkan untuk agama Allah?”

2009-01-11

Palestin...apa yang boleh kita buat??

Langkah 1 : Boikot barang-barang dari syarikat yang boleh menyumbang kepada Israel dan Amerika

Langkah 2 : Sumbangkan duit bulanan untuk Palestin dan salurkan pada badan yang membantu
Palestin yang boleh dipercayai sperti AMAN dan PACE.
Langkah 3 : Baca kaji dan fahami isu Palestin dengan baik.
Langkah 4 : Anjurkan program dan kempen besar-besaran yang efektif dan prktikal berkenaan
Palestin terutama pada 21 Ogos (Hari Memperingati Palestin).
Langkah 5 : Doakan untuk Keselamatan, Kemenangan dan Keamanan Rakyat Palestin.
LAngkah 6 : Pastikan rakan-rakan, keluarga turut sedar akan isu ini dan lakukan perkara-perkara di atas juga.

Di manakah kita??



Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza...


Ahad ,11/01/2009 - Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.

Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.



" sungguh biadap dan kejam tindakan rejim Zionis kali ini yang sudah semestinya di panggil Bapa Pengganas antarabangsa!! Bagaimana perasaan kita sebagai seorang muslim yang bersaudara tidak tersentuh melihat begitu ramai anak-anak kecil yang tidak berdosa yang kelaparan mati bergelimpangan diserang dek jet perjuang Israil LAKNATULLAH! yang parah dicelah-celah konkrit runtuhan bangunan sedangkan pegawai pertahanan awam Israel Ofer Shmerling bergembira dengan mengatakan ' saya akan bermain muzik hari ini dengan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israil'......."



" BARANGSIAPA YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT URUSAN UMAT ISLAM MAKA DIA BUKANLAH DARI KALANGAN KAMI (Hadis Nabi s.a.w)


Dimanakah kita sebagai Saudara seaqidah umat Islam di Palestin ,tidakkah kita tersentuh atau terasa apa yang dilakukan terhadap saudara kita disana atau kita terus bergelumang dengan keseronakan dunia dan melupakan mereka. ayuh panjatkan doa hulurkan dana bantuan dan boikot segala barangan Amerika Syarikat..Ayuh teman-teman...





TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.