BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2009-11-16

ya Rabb

Ya Allah ya Tuhanku berdayakan segala potensi diri kami untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, berdayakan aku untuk beramal soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh



Ya Allah ya Tuhan semester alam
berdayakan aku untuk zikir kepada-Mu,
mensyukuri nikmat-Mu dan perelokkan ibadah kepada-Mu





"Ya Allah ampunilah kesalahan kebodohan dan perbuatanku yg berlebihan dalam urusanku, dan ampunilah kesalahanku yg KAU lebih mengetahui daripada aku, ya Allah ampunilah aku dalam kesungguhanku kemalasanku dan kesengajaanku yg semua itu ada pada diri ku, ya Allah ampunilah aku atas dosa yg lalu dan yang akan datang, dosa yg aku samarkan, dosa yg aku perbuat dgn terangan dan dosa yg Kau lebih mengetahui dari pada aku, PadaMU aku mengajukan dan hanya Engkau lah yg mengakhirkan dan Kau maha kuasa atas segala sesuatu"

2009-11-09

Buat Teman-Teman


Terbunuh Cicak?

ish..ish..ish..


masyaAllah..bilik ni belambak betul dengan cicak..macam dah duk kat dalam gua pulak..sehat-sehat pulak cicak kat sini..mesti memakan makanan berkhasiat..burr!!!

tak boleh jadi nih..da la penakut cicak..cicak plak selamber dia je buat kawad lalu lalang kat atas lantai..yerkk!!!



12/ ogos ~perangkap pertama~ 5 ekor mangsa terkorban

22 /sept ~ perangkap kedua ~ 7 ekor mangsa turut terkorban

05/nov ~ perangkap mengena sasaran ~ 8 ekor mangsa(angka paling tinggi)

astaghfirullah..
sian plak tengok cicak2 tersebut kena perangkap..huu..
tapi takpa..

Terdapat banyak hadis berkaitan dengan isu ini antaranya ialah :-

1.Riwayat dari Ummu Syarik:

"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)


2.Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:

"Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai
Fuwaisiqah"

3.Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:

"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua" (HR Ahmad dan Muslim)


boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba untuk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus untuk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah
sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari~jangan rasa bersalah (>_<)


PENJELASAN & PENGAJARAN


:: Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantaran habit cicak ni memang suka mengganggu (manusia).

:: Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.

:: Teruskan usaha membunuh cicak di bilik ku..huu..

:: apa pekerjaan yang dilakukan pastikan kita berpaksikan pada Al-quran,hadis,qias dan sumber rujukan yang sahih lagi benar..

:: patut tak kita orang islam mengagongkan cicak sampai buat filem 'The cicak Man' sedangkan orang kafir boleh buat cerita Spiderman..tak patot2..ish..ish..

**wallahua'lam..cerita yang ringan dan santai tapi diharap ada pengisian..selamat beramal..

2009-11-05

HATI TIKUS (<=>)


SEEKOR tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir."Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi." Ahli sihir itu pun menukar tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya. Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya. Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempliaran lari menyelamatkan diri.

"Tolong, tolong aku wahai sahabatku tukang sihir. Ubahlah aku menjadi anjing garang yang lebih besar..." Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya menukar tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar. Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya sebelum ini. Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan. Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat sahaja anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sungguh menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri... kembali menemui si ahli sihir. "Tolong, tolong... matilah aku kali ini!" "Mengapa?" "Aku dilastik oleh budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi..." "Tak payah!" pintas ahli sihir. "Kenapa?" tanya tikus kehairanan. "Aku boleh menukarkan kau menjadi apa yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi..." "Selagi apa?" "Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut." ***Pengajaran:

Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

2009-11-04

Mak, nak kawen!


Nak kahwin, tapi mak belum izinkan. Mak kata tunggulah habis belajar dulu. Tapi kepala ni rasa gatal pulak sebab, hati dah terpaut, selalu rindu-rindu, selalu terbayang wajah kesayangan. Nak study pun dah tak fokus. Jadi nak buat macamana ni?

Nak ikut cakap mak atau nak buat keputusan sendiri? Nak tanya abah la pulak...

"Abah, kalau saya nak kahwin tengah belajar ni boleh tak bah?"

"Mak kata apa?"

"Mak tak izinkan lagi."

"Apa alasan mak tak izinkan tu?"

"Mak takut saya tak boleh kejar dua perkara dalam satu masa."

"Itu saja alasan mak?"

"ya, bah."

"Mariam rasa kalau Mariam kahwin, Mariam ada masalah tak? Boleh kejar dua-dua?"

"Ini yang mahu bincang dengan abah, Mariam mana ada pengalaman lagi tentang rumah tangga."

"Nak kahwin memang mudah, nak pikul tanggung jawap tu yang payah, tambah kalau Mariam sedang belajar."

"Siapa calon yang terlekat di hati Mariam tu?"

"Calon tu pun sama macam Mariam juga, sama-sama belajar dalam kursus yang sama, kelas pun sama."

"Itu sebab Mariam nak bernikah cepat, nak jaga hati mariam ni, bila selalu terpandang di dalam kelas, tak semena-mena akan bertandang rasa rindu , itu tak boleh kan, bah?"

"Selama Mariam satu kelas dengan dia, mariam tak pernah pun berjumpa secara individu, bah."

"Cuma dia pernah SMS saja dengan Mariam, menyatakan hasratnya.Lepas tu berbincang secara email saja."

"Kalau abah dan mak izinkan mariam bernikah awal, dia nak datang jumpa mak dengan abah."

"Dah jumpa mak abah, nanti baru dia bawa mak ayah dia datang meminang"

"Bah, boleh tak kita buat walimah paling simple."

"Isk...Isk..Isk..budak ni, soalan abah belum pun habis di jawap, macamana nak belajar bila dah kahwin nanti."

"Bah, Mariam ada jumpa satu kakak tu, sekarang dah bekerja, dia pun bernikah awal, menurut apa yang dia buat, kalau nak nikah awal, kena bijak uruskan masa, kena ada persafahaman, kena ada sikap bekerjasama, dan paling utama mendapat sokongan dari keluarga."



"Mariam ada lah juga bincang dalam email, semua yang mariam sebut tu , insyaAllah boleh kami uruskan kecuali sokongan keluarga dari belah mariam saja lagi diharapkan. Mariam pun cuma akan bersetuju bernikah , kalau mak abah izin dan restu."

"Dia dah tanya mak abah dia, mereka beri izin dan restu."

"Hmmm...kalau macam tu, nanti abah bincang dengan mak dulu."

"Sebelum tu, abah nak tahu, adakah Mariam akan tamatkan belajar kalau dah bernikah nanti? Mariam akan bekerja ke nanti?"

"Abah mesti nak tahu dulu hal ni, adakah suami akan benarkan Mariam tamatkan belajar."

"Kalau tak bekerja tu, abah tak kisah sangat, tetapi abah mahu Mariam tamatkan belajar hingga dapat ijazah."

"Sebelum bernikah, abah kena pastikan dulu perkara ini, sebab kalau dah bernikah , abah dah hilang hak abah pada anak perempuan abah."

"Abah tahu , bila dah bernikah nanti, dia boleh ubah juga keputusan ni, namun abah berharap dia tidak memungkiri janji yang dibuat sebelum dia ambik anak abah ni sebagai isterinya."

"Jadi abah nak jumpa dia sebelum bernikah, ikrar untuk izinkan Mariam tamatkan belajar walaupun dah bernikah atau seterus dah ada anak."

"Betul kata, kawan mariam tu, jika bernikah dalam restu dan izin kelurga, pasti keluarga akan beri sokongan dan pertolongan dalam urusan rumah tangga nanti."

"Ingat, berkahwin bukan dengan seorang lelaki atau seorang perempuan tu saja, tetapi dengan seluruh keluarga." Kalau dapat sokongan, izin dan restu, mudah untuk menguruskan rumahtangga, sebab dalam berumah tangga ni, bukan selalunya indah dipagari pelangi."

"Ada juga masa, hati kita tersentuh, terguris, sedangkan lidah dengan gigi semulut pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi suami isteri yang punya dua hati dari dua jasad berbeza, walaupun persefahaman, ada masanya mersai pahit juga."

Panjang lebar abah bercerita menasihati dan bersoal jawap dengan Mariam dalam hal nak berumahtangga ni.Walau apa pun, hati Mariam telah rasa lega kerana telah berupaya meluahkan apa yang terbuku di hati sejak, hatinya sendiri rasa terpaut kepada Mohammad Imran. Dia sering mengikuti kuliah / tazkirah dan usrah, semua dalam pertemuan itu mengingkan dia bahawa bercopulpe tu haram. Jadi untuk mengelakkan hatinya terus terlalai , maka dinyatakan hasrat hati kepada mak abahnya.

Hati Mariam rasa lapang, tinggal menunggu masa untuk abah memujuk mak dan bila mak bersetuju, Mariam akan beritahu Muhammad Imran agar datang berjumpa abah dan mak. Mariam melakukan sujud syujur kerana berjaya emluahkan rasa hatinya dan akan terus berdoa agat dipermudahkan urusan perikahannya.

Kenapa 'couple' di larang oleh Islam?

Ya, mengapa?

Sebelum itu cuba kita lihat definisi 'couple' ini. Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik.

Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion.

Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka.

Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat.

Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Sebab tidak mahu terjebak hingga lalai dan hanyut, maka Muhammad Imran dan Mariam tidak mahu ber'couple'. Ber'copule ' tu haram kerana sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini.

Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini.

Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Demi mengingatkan ayat al-Quran inilah kenapa Mariam dan Muhammad Imran segera berbincang untuk bernikah. Mereka tidak mahu tergolong dalam golngan seperti , Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Semoga rumah tangga yang akan mereka bina mendapat Rahmat , kasih sayang dan redha Allah.


*Impian ku menjadi isteri solehah

2009-11-01

Ketenangan dalam Bertawakkal

TAWAKKAL


Tawakkal atau berserah diri mempercayakan diri atau mewakilkan yang mana menurut syarak ia bererti 'mempercayai diri kepada Allah' dalam melaksanakan suatu rancangan dan bersandar kepada kekuatanNya dalam melakukan pekerjaan dan juga berserah diri kepadaNya keta menghadapi kesusahan.

Dengan pengertian lain dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan satu rencana yang tetap(keputusan) atau kemahuan yang disertai dengan usaha dan ikhtiar. Ikhtiar pula dilakukan dengan memenuhi tertib dan sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Berpalinglah dari mereka itu dan bertawakal kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai Pelindung"

(An-Nisa':81)

Berhubung dengan perkataan erat antara tawakkal dengan rancangan dan ikthiar melaksanakan rancangan mestilah didahulukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Tawakkal termasuk pekerjaan hati terpaut dihati dalam menghadapi sesuatu dimana kita sebagai manusia tidak berupaya menghadapi sesuatu dengan sendiri dan kekuatan yang lemah tanpa bersandar dengan kekuatan Allah. Apa yang terpaut dalam hati akan terpancar dilidah dengan perkataan (Hasbalah)


"Allah cukup bagiku dan Ia sebaik-baik penjaga"

Semoga tawakkal yang disandarkan menjadikan kita mampu menghadapi hari-hari mendatang..dengan keputusan apa yang Allah tetapkan menjadikan kita berlapang dada menerima ketentuan yang memang tersurat. Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bukanlah di lihat pada hasilnya tetapi pada usaha!!! * SALAM MUJAHADAH & SALAM IMTIHAN*


TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.