BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2009-12-23

Tinta Buat Bakal Suamiku

Coretan Seorang Sahabat Buat Bakal Suami…Dan Ingatan Buat Bakal Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.
Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.




 
Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.
Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.
Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.




heartlove_dsztq1k3


Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.

Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Mustafa Kamal Artartuk

Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Artartuk 
 Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Samalah kita bermuhasah sebagai panduan untuk diri kita dan fenomena persekitaran yang berlaku sekarang.Moga-moga kebaikan pengajarannya kita dapat ambil dan kongsi bersama.

Wassalam...

2009-11-16

ya Rabb

Ya Allah ya Tuhanku berdayakan segala potensi diri kami untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, berdayakan aku untuk beramal soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh



Ya Allah ya Tuhan semester alam
berdayakan aku untuk zikir kepada-Mu,
mensyukuri nikmat-Mu dan perelokkan ibadah kepada-Mu





"Ya Allah ampunilah kesalahan kebodohan dan perbuatanku yg berlebihan dalam urusanku, dan ampunilah kesalahanku yg KAU lebih mengetahui daripada aku, ya Allah ampunilah aku dalam kesungguhanku kemalasanku dan kesengajaanku yg semua itu ada pada diri ku, ya Allah ampunilah aku atas dosa yg lalu dan yang akan datang, dosa yg aku samarkan, dosa yg aku perbuat dgn terangan dan dosa yg Kau lebih mengetahui dari pada aku, PadaMU aku mengajukan dan hanya Engkau lah yg mengakhirkan dan Kau maha kuasa atas segala sesuatu"

2009-11-09

Buat Teman-Teman


Terbunuh Cicak?

ish..ish..ish..


masyaAllah..bilik ni belambak betul dengan cicak..macam dah duk kat dalam gua pulak..sehat-sehat pulak cicak kat sini..mesti memakan makanan berkhasiat..burr!!!

tak boleh jadi nih..da la penakut cicak..cicak plak selamber dia je buat kawad lalu lalang kat atas lantai..yerkk!!!



12/ ogos ~perangkap pertama~ 5 ekor mangsa terkorban

22 /sept ~ perangkap kedua ~ 7 ekor mangsa turut terkorban

05/nov ~ perangkap mengena sasaran ~ 8 ekor mangsa(angka paling tinggi)

astaghfirullah..
sian plak tengok cicak2 tersebut kena perangkap..huu..
tapi takpa..

Terdapat banyak hadis berkaitan dengan isu ini antaranya ialah :-

1.Riwayat dari Ummu Syarik:

"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)


2.Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:

"Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai
Fuwaisiqah"

3.Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:

"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua" (HR Ahmad dan Muslim)


boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba untuk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus untuk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah
sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari~jangan rasa bersalah (>_<)


PENJELASAN & PENGAJARAN


:: Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantaran habit cicak ni memang suka mengganggu (manusia).

:: Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.

:: Teruskan usaha membunuh cicak di bilik ku..huu..

:: apa pekerjaan yang dilakukan pastikan kita berpaksikan pada Al-quran,hadis,qias dan sumber rujukan yang sahih lagi benar..

:: patut tak kita orang islam mengagongkan cicak sampai buat filem 'The cicak Man' sedangkan orang kafir boleh buat cerita Spiderman..tak patot2..ish..ish..

**wallahua'lam..cerita yang ringan dan santai tapi diharap ada pengisian..selamat beramal..

2009-11-05

HATI TIKUS (<=>)


SEEKOR tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir."Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi." Ahli sihir itu pun menukar tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya. Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya. Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempliaran lari menyelamatkan diri.

"Tolong, tolong aku wahai sahabatku tukang sihir. Ubahlah aku menjadi anjing garang yang lebih besar..." Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya menukar tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar. Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya sebelum ini. Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan. Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat sahaja anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sungguh menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri... kembali menemui si ahli sihir. "Tolong, tolong... matilah aku kali ini!" "Mengapa?" "Aku dilastik oleh budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi..." "Tak payah!" pintas ahli sihir. "Kenapa?" tanya tikus kehairanan. "Aku boleh menukarkan kau menjadi apa yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi..." "Selagi apa?" "Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut." ***Pengajaran:

Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

2009-11-04

Mak, nak kawen!


Nak kahwin, tapi mak belum izinkan. Mak kata tunggulah habis belajar dulu. Tapi kepala ni rasa gatal pulak sebab, hati dah terpaut, selalu rindu-rindu, selalu terbayang wajah kesayangan. Nak study pun dah tak fokus. Jadi nak buat macamana ni?

Nak ikut cakap mak atau nak buat keputusan sendiri? Nak tanya abah la pulak...

"Abah, kalau saya nak kahwin tengah belajar ni boleh tak bah?"

"Mak kata apa?"

"Mak tak izinkan lagi."

"Apa alasan mak tak izinkan tu?"

"Mak takut saya tak boleh kejar dua perkara dalam satu masa."

"Itu saja alasan mak?"

"ya, bah."

"Mariam rasa kalau Mariam kahwin, Mariam ada masalah tak? Boleh kejar dua-dua?"

"Ini yang mahu bincang dengan abah, Mariam mana ada pengalaman lagi tentang rumah tangga."

"Nak kahwin memang mudah, nak pikul tanggung jawap tu yang payah, tambah kalau Mariam sedang belajar."

"Siapa calon yang terlekat di hati Mariam tu?"

"Calon tu pun sama macam Mariam juga, sama-sama belajar dalam kursus yang sama, kelas pun sama."

"Itu sebab Mariam nak bernikah cepat, nak jaga hati mariam ni, bila selalu terpandang di dalam kelas, tak semena-mena akan bertandang rasa rindu , itu tak boleh kan, bah?"

"Selama Mariam satu kelas dengan dia, mariam tak pernah pun berjumpa secara individu, bah."

"Cuma dia pernah SMS saja dengan Mariam, menyatakan hasratnya.Lepas tu berbincang secara email saja."

"Kalau abah dan mak izinkan mariam bernikah awal, dia nak datang jumpa mak dengan abah."

"Dah jumpa mak abah, nanti baru dia bawa mak ayah dia datang meminang"

"Bah, boleh tak kita buat walimah paling simple."

"Isk...Isk..Isk..budak ni, soalan abah belum pun habis di jawap, macamana nak belajar bila dah kahwin nanti."

"Bah, Mariam ada jumpa satu kakak tu, sekarang dah bekerja, dia pun bernikah awal, menurut apa yang dia buat, kalau nak nikah awal, kena bijak uruskan masa, kena ada persafahaman, kena ada sikap bekerjasama, dan paling utama mendapat sokongan dari keluarga."



"Mariam ada lah juga bincang dalam email, semua yang mariam sebut tu , insyaAllah boleh kami uruskan kecuali sokongan keluarga dari belah mariam saja lagi diharapkan. Mariam pun cuma akan bersetuju bernikah , kalau mak abah izin dan restu."

"Dia dah tanya mak abah dia, mereka beri izin dan restu."

"Hmmm...kalau macam tu, nanti abah bincang dengan mak dulu."

"Sebelum tu, abah nak tahu, adakah Mariam akan tamatkan belajar kalau dah bernikah nanti? Mariam akan bekerja ke nanti?"

"Abah mesti nak tahu dulu hal ni, adakah suami akan benarkan Mariam tamatkan belajar."

"Kalau tak bekerja tu, abah tak kisah sangat, tetapi abah mahu Mariam tamatkan belajar hingga dapat ijazah."

"Sebelum bernikah, abah kena pastikan dulu perkara ini, sebab kalau dah bernikah , abah dah hilang hak abah pada anak perempuan abah."

"Abah tahu , bila dah bernikah nanti, dia boleh ubah juga keputusan ni, namun abah berharap dia tidak memungkiri janji yang dibuat sebelum dia ambik anak abah ni sebagai isterinya."

"Jadi abah nak jumpa dia sebelum bernikah, ikrar untuk izinkan Mariam tamatkan belajar walaupun dah bernikah atau seterus dah ada anak."

"Betul kata, kawan mariam tu, jika bernikah dalam restu dan izin kelurga, pasti keluarga akan beri sokongan dan pertolongan dalam urusan rumah tangga nanti."

"Ingat, berkahwin bukan dengan seorang lelaki atau seorang perempuan tu saja, tetapi dengan seluruh keluarga." Kalau dapat sokongan, izin dan restu, mudah untuk menguruskan rumahtangga, sebab dalam berumah tangga ni, bukan selalunya indah dipagari pelangi."

"Ada juga masa, hati kita tersentuh, terguris, sedangkan lidah dengan gigi semulut pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi suami isteri yang punya dua hati dari dua jasad berbeza, walaupun persefahaman, ada masanya mersai pahit juga."

Panjang lebar abah bercerita menasihati dan bersoal jawap dengan Mariam dalam hal nak berumahtangga ni.Walau apa pun, hati Mariam telah rasa lega kerana telah berupaya meluahkan apa yang terbuku di hati sejak, hatinya sendiri rasa terpaut kepada Mohammad Imran. Dia sering mengikuti kuliah / tazkirah dan usrah, semua dalam pertemuan itu mengingkan dia bahawa bercopulpe tu haram. Jadi untuk mengelakkan hatinya terus terlalai , maka dinyatakan hasrat hati kepada mak abahnya.

Hati Mariam rasa lapang, tinggal menunggu masa untuk abah memujuk mak dan bila mak bersetuju, Mariam akan beritahu Muhammad Imran agar datang berjumpa abah dan mak. Mariam melakukan sujud syujur kerana berjaya emluahkan rasa hatinya dan akan terus berdoa agat dipermudahkan urusan perikahannya.

Kenapa 'couple' di larang oleh Islam?

Ya, mengapa?

Sebelum itu cuba kita lihat definisi 'couple' ini. Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik.

Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion.

Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka.

Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat.

Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Sebab tidak mahu terjebak hingga lalai dan hanyut, maka Muhammad Imran dan Mariam tidak mahu ber'couple'. Ber'copule ' tu haram kerana sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini.

Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini.

Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Demi mengingatkan ayat al-Quran inilah kenapa Mariam dan Muhammad Imran segera berbincang untuk bernikah. Mereka tidak mahu tergolong dalam golngan seperti , Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Semoga rumah tangga yang akan mereka bina mendapat Rahmat , kasih sayang dan redha Allah.


*Impian ku menjadi isteri solehah

2009-11-01

Ketenangan dalam Bertawakkal

TAWAKKAL


Tawakkal atau berserah diri mempercayakan diri atau mewakilkan yang mana menurut syarak ia bererti 'mempercayai diri kepada Allah' dalam melaksanakan suatu rancangan dan bersandar kepada kekuatanNya dalam melakukan pekerjaan dan juga berserah diri kepadaNya keta menghadapi kesusahan.

Dengan pengertian lain dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan satu rencana yang tetap(keputusan) atau kemahuan yang disertai dengan usaha dan ikhtiar. Ikhtiar pula dilakukan dengan memenuhi tertib dan sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Berpalinglah dari mereka itu dan bertawakal kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai Pelindung"

(An-Nisa':81)

Berhubung dengan perkataan erat antara tawakkal dengan rancangan dan ikthiar melaksanakan rancangan mestilah didahulukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Tawakkal termasuk pekerjaan hati terpaut dihati dalam menghadapi sesuatu dimana kita sebagai manusia tidak berupaya menghadapi sesuatu dengan sendiri dan kekuatan yang lemah tanpa bersandar dengan kekuatan Allah. Apa yang terpaut dalam hati akan terpancar dilidah dengan perkataan (Hasbalah)


"Allah cukup bagiku dan Ia sebaik-baik penjaga"

Semoga tawakkal yang disandarkan menjadikan kita mampu menghadapi hari-hari mendatang..dengan keputusan apa yang Allah tetapkan menjadikan kita berlapang dada menerima ketentuan yang memang tersurat. Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bukanlah di lihat pada hasilnya tetapi pada usaha!!! * SALAM MUJAHADAH & SALAM IMTIHAN*


2009-09-21

~TenAnG~ D0aku..



2009-09-20

Ketenangan Abadi

Jenazah Dr. Azhari selamat dikebumi

MELAKA 17 Nov. - Jenazah Dr. Azhari Husin yang ditembak mati oleh polis elit Indonesia di sebuah villa di Kota Batu, Malang, Jawa Timur Rabu lalu selamat dikebumikan pada pukul 10.40 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Batu 19, Jalan Cincin, Jasin, dekat sini.Bapa Allahyarham, Husin Yaakob, 78, serta tujuh adik beradiknya bersama isterinya, Wan Noraini Yusof dan dua anak mereka yang berusia lima dan 11 tahun turut berada di tanah perkuburan itu.

Jenazah Allahyarham yang diterbangkan ke Malaysia dari Jakarta diiringi adiknya Bani Yamin dan biras, Rustam Mutamin Husin tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 6.42 petang ini.Turut hadir di KLIA semasa ketibaan jenazah ialah jurucakap keluarga Azhari, Baharuddin Ismail dan Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob.Jenazah Azhari kemudian dibawa menaiki van jenazah untuk ke Melaka dan bertolak dari Pos Keselamatan Terminal KLIA pada pukul 7.05 malam diiringi kereta polis.

Jenazah Allahyarham tiba di masjid kira-kira pukul 9.50 malam dan disembahyangkan oleh Imam I Masjid Jamek, Mazlan LahumKira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri pengebumian Allahyarham termasuk media asing dan tempatan.Bapa Allahyarham, Husin ketika ditemui berkata, dia redha dengan pemergian anaknya itu yang memilih untuk berjihad.

Bapa saudara Azhari, Husin Abu Hassan, 64, pula memberitahu, keluarga Allahyarham bersyukur dengan selesainya pengkebumian tersebut.
``Alhamdulillah mayat tak payah tunggu lama lagi untuk dikebumikan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini malam ini.Ditanya mengenai keadaan keluarga Azhari, beliau berkat
a, ahli keluarganya redha menghadapi keadaan yang menyedihkan itu.Azhari, 48, yang terbunuh Rabu lepas dalam serangan pihak berkuasa Indonesia terhadap puak militan dikatakan menjadi dalang utama beberapa serangan maut di Indonesia sejak 2002.Allahyarham dikatakan terlibat dalam serangan bom di Bali pada tahun itu yang mengorbankan 202 orang, juga di pulau peranginan itu, bulan lepas.Pakar bom rakyat Malaysia itu dilaporkan terbunuh bersama seorang rakan pengganas ketika pasukan keselamatan menyerbu rumah sewanya di Kota Batu, Malang di Jawa Timur.Polis Indonesia juga dikatakan menjumpai dokumen rahsia dan video berhubung rancangan kumpulan pengganas itu untuk melancarkan beberapa lagi serangan bom di republik itu.

sumber yang di cedok dan ditampal dr utusan online~2004
AL-FATIHA SEDEKAH PADA ALMARHUM..

Dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...

ya Allah Rabbul I'zzati..

subhanallah..terasa rindu sangat dengan pejuang agama Allah ini..walaupun tak pernah berjumpa..rasa rindu dan kagum membuak-buak..entah kenapa..

Dalam sibuk mencari bahan-bahan untuk projek tahun akhirku..banyak bahan yang kujumpai hasil tulisan dan kajian Allahyarham Dr. Azhari Husin. Ya,memang benar banyak bahan-bahan dan ilmu yang di tinggalkan Allahyarham kepada kami...yang pernah menjadi pensyarah di fakulti ku pada satu ketika dahulu..mengajar statistik untuk pengurus harta kata seniorku..

Masyarakat dunia mengecam sebagai pengganas,bagi umat islam sendiri Allahyarham merupakan yang syahid di hadapan Allah..meninggalkan kesenangan dunia,pangkat di dunia,isteri dan anak-anak tercinta merantau demi sebuah perjuangan menegakkan syiar Islam.ALLAHUAKBAR!!

daripada sumber yang di percayai ketika di kebumikan kubur Allahyarham Dr. Azhari mengeluarkan haruman dan semut2 hitam yg membentuk kalimah ALLAH...semoga Allah merahmati ke atas rohnya..semoga Allah meletakkan di dalam hati-hati kita rindu untuk syahid di atas jalannya..ameen ya Allah...

Perantau
Album : Secerah Pewarna
Munsyid : The Zikr


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah



Menyingkap ketenangan di 1 Syawal

ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAM...

salam lebaran...salam kemenangan buat muslimin dan muslimat...







Terasa sedih apabila berlalu bulan yang penuh dengan bonus dan pelbagai kebaikan pergi meninggalkan kita,menanti kembali di tahun hadapan,entah berjumpa lagi atau tidak dengan bulan yang penuh dengan hikmah..
semoga bulan tarbiyyah yang berlalu ini mampu menjadikan kita betul-betul insan yang bersedia melalui bulan-bulan seterusnya dengan dengan lebih mantap dari segala sudut..insyaAllah..sayang seribu kali sayang andai diri kita di bulan seterusnya sama sahaja dengan bulan-bulan sebelum ini, maksudnya peluang yang Allah berikan pada kita untuk membaiki diri dan mendidik diri di bulan Ramadhan baru ini kita tidak gunakan sebaiknya..


Surah Al-Maidah ayat 48 Allah berfirman:
“Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi
Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu
diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.


Alhamdulillah kerana berada di dalam Islam agama yang ternyata kebenarannya sama ada dalil aqli maupun naqli . Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna.

Firman Allah S.W.T:"Pada hari ini. Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.


Apa yang nak diperkatakan disini ialah walau jauh kita,walau di mana kita walau bagaimana pun kita,kita tetap ada Islam..agama dan pegangan yang kita bawa kemana-mana.kita junjung dimana kita berada.. oleh yang demikian sahabat-sahabat..Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini, iaitu..(^_^)

BERTAKBIR

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.


Firman Allah S.W.T:"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.


Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani :"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, masa. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.








LAFAZ UCAPAN SELAMAT

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, masa. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

MENERUSKAN QIAM

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.




MANDI SUNAT DI AWAL PAGI
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib .a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, masa. 118-119.



MAKAN SEBELUM SOLAT SUNAT
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab :"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, masa. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan).

Anas bin Malik berkata:“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas .a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

PAKAIAN YANG INDAH

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan).
Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, masa. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie menambah:"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, masa. 327.

BERJALAN KAKI??

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487






Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah .a berkata:"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 98





Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. kenapa yer...apa kah relevannya????....
......Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah


TEMPAT SOLAT SUNAT

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri berkata:"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.



Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun.

Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka."Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, masa. 394.

SOLAT SUNAT AIDILFITRI


Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas .a berkata:"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.






Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri berkata:"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib .a berkata:"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


TENANG DAN BERGEMBIRALAH!!

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
Syeikh Sayyid Sabiq .h berkata:"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, masa. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik .a berkata:"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata. Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

PUASA SUNAT ENAM HARI


Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie.

Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit

Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas.. untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

** Wallahua'alam..sedikit perkongsian di bulan syawal..selamat BERAMAL DAN BERJUANG..(>_<)

2009-09-02

~tenang~ MUhaSabah CinTa...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


2009-09-01

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

alhamdulillah..rasa nikmat sibuk hari ni,ke hulu ke hilir..yang pastinya ada hasilnya sekali..syukur ya Allah..sibuk tu suatu nikmat yang tidak terhingga,apabila kita jauh dari sibuk kita akan rasa rindu untuk sibuk..





alhamdulillah..seperti biasa dapat panggilan dari mak, bukan seperti biasa suara yang dapat ku dengar,tapi suara si kecik di hujung panggilan yang bercerita panjang tentang kejayaan beliau puasa sehari suntuk..huu..si kecik yang kusayangi yang petah berkata-kata.

pernah suatu ketika dahulu, si kecik ni melontarkan soalan kepada mak,si kecik->mak..nape along pegi johor,mak->along belaja lagi dik..si kecik-> mak..along tu kan dah besar..kenapa belaja lagi..along sepatutnya dah keje kan mak..

huu..susah agaknya mak nak menjawab,tapi betul jugak apa yang disoalnya tu,pelik melihat aku yang masih ke sana-sini mencari ilmu,dari si kecik tu dilahirkan aku sudah berjauhan merantau mencari ilmu, sehingga si kecik akan mencecah kaki ke sekolah rendah..mm..kalau ilmu tu boleh di ukur agaknya dah besar panjang kot dah boleh berlari ke sana ke mari..

Tapi... bukan besar mana ilmu tu yang nak di ukur,apa yang nak disampaikan kat sini proses mencari ilmu bukan la secara formal seseorang itu duduk di meja belajar,tapi ia juga termasuk secara tidak formal juga sedari seseorang itu dalam kandungan ibu lagi..


Ilmu juga bukan bergantung kepada pendekatan banyak mana kita mampu keluarkan semula..tetapi ia jauh lebih dari itu sebenarnya..para ilmuan islam dahulu menjadikan ilmu sebagai bentuk dalam memperkuatkan diri..maksudnya disini bukan dari sudut aspek fizikal semata-mata..Orang yang kuat adalah disebabkan kekuatan akalnya kuat, orang yang memiliki kekuatan akal ini mampu menguasai ilmu dengan lancar dan banyak. Dia mampu berfikir berdasarkan asbab dan musabab. Juga mampu menghuraikan perjalanan sejarah dalam aplikasi perjuangan semasa. Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu yang tersirat dengan mudah dan cepat yang amat jarang mampu dilakukan oleh orang kebanyakan. Hebatkan jadi orang yang berilmu..

sahabat-sahabat...cuba kita renungi hadis ini:


Iaitu hadits dari sahabat Abu Hurairah Radhiyallah ‘anhu bahwa Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam menceritakan tentang tiga orang yan
g pertama kali diadili para hari Kiamat nanti, salah satu di antara mereka adalah orang yang diberi

karunia ilmu :

“… dan seorang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya, serta rajin membaca Al-Qur’an. Maka ia pun di datangkan , kemudian diperlihatkan kenikmatan-kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, maka ia pun mengakuinya. Allah berkata : ‘Apa yang kamu amalkan dengan nikmat-nikmat tersebut?’ Dia menjawab :

‘Saya mempelajari ilmu dan mempelajarinya, serta aku rajin membaca Al-Qur’an karena Engkau.’ Allah menjawab : ‘kamu telah berdusta!! Engkau mempelajari ilmu karena ingin dikatakan sebagai seorang yang ‘alim (berilmu), dan engkau rajin membaca Al-Qur’an supaya dikatakan dia adalah qari’, dan kamu telah dikatakan demikian.’ Maka dia diperintahkan diseret di atas wajah, kemudian dicampakkan ke dalam Neraka. …” [HR. Muslim 1905]

Ilmu juga adalah ibarat cahaya yang datang pada sesuatu yang bersih,Oleh itu hati yang bersih mudah menerima ilmu..bagaimana permulaan hati yang bersih? Pastinya dengan Niat yang bersih Lillahitaala..


Sahabat-sahabat..sangat hebat jika berjaya tergolong dalam orang yang berilmu,akan terdapat kekuatan yang luar biasa, oleh itu di kampus ini lah tempat latihan kita sebelum kita ke luar Medan gerak kerja yang sebenar..oleh itu,siapkan diri kita supaya menjadi insan yang betul-betul 'kuat' yang menjadi aset kepada Islam dinnul haq...insyaAllah..mudah2an kita dipermudahkan.. ameen..

2009-08-29

Mari Menjaga Ketenangan Akal

assalamualaikum...

sekadar kajian bersama berkaitan dengan bagaimana meningkatkan kekuatan akal dan minda IQ(intelligence Quotient) bersama-sama dengan meningkatkan EQ (Emotional Quotient)dan AQ(adversity Quotient)..



Kawan-kawan jom kita imbau kembali pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.


Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Makan buah limau.
6. Banyakkan membaca Al-quran.


** kawan-kawan..Solat Malam juga mampu memberi ketenangan kepada 3 item yang diceritakan sebelum ini (IQ,EQ,AQ) berdasarkan ;

dari Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan


LARANGAN


Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam-(jeruk-jeruk~perempuan memg suka..huhu)
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.


***Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.wallahua'lam...

2009-08-18

Peringatan!! Buat Kita Yang Pelupa...

Bagi yang mengambil iktibar tentang apa yang berlaku sekarang merupakan satu sesi muhasabah daripada-Nya. H1N1. Ya… Kali ini lebih dasyat dari yang sebelum-sebelumnya. Kalau HIV hanya banyak kepada yang melakukan seks bebas, kalau JE kepada yang selalu berkomunikasi dengan khinzir, kalau Tsunami hanya di kepulauan indon dan sekitarnya, kalau selsema burung hanya di sekitarnya, tetapi H1N1 melanda seluruh dunia dengan kadar yang sangat tinggi, serta penyebaran yang sangat cepat.fuh..subhanallah..

Manusia, sampai bila agaknya kamu hendak lupa?

“Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu, Kami telah binasakan tatkala mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.” (Surah Al-Kahfi ayat 59)

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Ankabut ayat 40)

Ya. Manusia itulah yang menganiayai dirinya sendiri. Manusia memilih untuk meninggalkan Allah SWT. Maka Allah turunkan peringatan.

Bila datang penyakit sebegini, barulah kita melihat ada orang hendak mengeluarkan doa-doa khusus. Bila datang bala sebegini, kita baru akan lihat orang keluar melaksanakan solat menolak bala, solat hajat dan sebagainya. Manusia memang begitu. Ibarat bila ada orang mati, baru Al-Quran hendak dibuka cari.

Firaun juga begitu sebenarnya. Dia ketika hendak lemas di laut, barulah hendak mengaku bahawa Nabi Musa itu rasul dan Allah itu adalah Tuhan. Tetapi, taubatnya ketika itu sudah tertutup.

Bagaimana kita?

Bagaimana?

Nanti anda tanya saya kenapa Allah ni tak fasal-fasal nak datangkan H1N1? Kemudian kenapa yang tak buat maksiat pun kena?

Jawapan kepada soalan pertama: Saya hendak kamu tengok sendiri keadaan dunia, keadaan negara kamu.

Jawapan kepada soalan kedua: Ketika Allah datangkan tsunami, Allah datangkan kepada semua. Bukan kepada yang bermaksiat sahaja. Hal ini kerana, kalau kita lihat semula, apakah masyarakat bangun mencegah kemungkaran yang ada di dalam kehidupan mereka?

“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri.” (Surah al-Rum, ayat 41)

Akhirnya, semua ini adalah kerana manusia meninggalkan arahan-Nya, dan melaksanakan perintah-Nya. Allah sudah ingatkan kita:

“Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri “ (Surah al-A’raf, ayat 96)

Kita yang memilih sebenarnya. Kita pilih untuk ingkar, maka Allah turunkan azab kepada kita. Sebagai peringatan.

Sedangkan kita perlu sedar, Allah itu berkuasa hendak menterbalikkan dunia ini, sebagaimana Dia menterbalikkan bumi Kaum Lut. Itu semua mudah bagiNya.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Surah al-Hadid ayat 22)

Sebab itu, ini adalah satu ulang tegur.

Dan hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang akan rasa dirinya ditegur.

Kepada yang bermaksiat, ini satu teguran. Kepada yang tidak ingkar, ini satu ujian. Ujian keimanan. Sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah: 155- 156).

Marilah sama-sama kita muhasabah. Sama-sama juga jaga kesihatan. Amalkan langkah-langkah pencegahan.(yang dinasihatkan oleh pakar)

Saya mendoakan agar Allah selamatkan kita dari bala bencana ini.


>>>Ya Allah, bantulah kami dalam menyedari kesilapan kami, dan bantulah kami dalam memperbaiki diri kami. Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang lemah, dan sering menzalimi diri sendiri.Ameeeenn..

2009-07-30

sekali lagi teruji nilai ikatan sebuah persahabatan...

"Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah(SURAH YUSUF-86)"
....mendengarkan pelahan-lahan apa yang diperkatakan,kutahan rasa hiba dan sedihku..ya Robb,berilah ketabahan padaku menghadapi ujian dari mu..sahabat,andai kau faham apa yang sedang bergelocak di hatiku ini...

kepercayaan dan ketelusan adalah nilai yang penting dalam sebuah persahabatan..percaya tak?dan yang paling-paling penting kerana Allah..sebab tu penting juga sefikrah, sependapat, sekepala, sehala tuju dan segalanya yang dibuat atas tunjang perjuangan Islam..

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

...persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


''Sahabat ibarat air yang bersih,
Air yang bersih itu melalui peringkat tapisan,
Mengandungi ubat untuk pelbagai penyakit,
Namunbegitu air yang bersih boleh menjadi kotor keranatelah dicampurkan dengan sesuatu.

Ikatan persahabatan:
walaupun tawar tetapi mengubati penyakit,
walaupun tiada warna-warni namun ia berseri,
walaupun tidak diminati tetapi sentiasa dicari,
walaupun dipulaukan oleh yang sihat tetapi disanjung oleh yang sakit.”


** duhai hati..jgn bersedih.. :)

TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.