BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2009-08-18

Peringatan!! Buat Kita Yang Pelupa...

Bagi yang mengambil iktibar tentang apa yang berlaku sekarang merupakan satu sesi muhasabah daripada-Nya. H1N1. Ya… Kali ini lebih dasyat dari yang sebelum-sebelumnya. Kalau HIV hanya banyak kepada yang melakukan seks bebas, kalau JE kepada yang selalu berkomunikasi dengan khinzir, kalau Tsunami hanya di kepulauan indon dan sekitarnya, kalau selsema burung hanya di sekitarnya, tetapi H1N1 melanda seluruh dunia dengan kadar yang sangat tinggi, serta penyebaran yang sangat cepat.fuh..subhanallah..

Manusia, sampai bila agaknya kamu hendak lupa?

“Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu, Kami telah binasakan tatkala mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.” (Surah Al-Kahfi ayat 59)

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Ankabut ayat 40)

Ya. Manusia itulah yang menganiayai dirinya sendiri. Manusia memilih untuk meninggalkan Allah SWT. Maka Allah turunkan peringatan.

Bila datang penyakit sebegini, barulah kita melihat ada orang hendak mengeluarkan doa-doa khusus. Bila datang bala sebegini, kita baru akan lihat orang keluar melaksanakan solat menolak bala, solat hajat dan sebagainya. Manusia memang begitu. Ibarat bila ada orang mati, baru Al-Quran hendak dibuka cari.

Firaun juga begitu sebenarnya. Dia ketika hendak lemas di laut, barulah hendak mengaku bahawa Nabi Musa itu rasul dan Allah itu adalah Tuhan. Tetapi, taubatnya ketika itu sudah tertutup.

Bagaimana kita?

Bagaimana?

Nanti anda tanya saya kenapa Allah ni tak fasal-fasal nak datangkan H1N1? Kemudian kenapa yang tak buat maksiat pun kena?

Jawapan kepada soalan pertama: Saya hendak kamu tengok sendiri keadaan dunia, keadaan negara kamu.

Jawapan kepada soalan kedua: Ketika Allah datangkan tsunami, Allah datangkan kepada semua. Bukan kepada yang bermaksiat sahaja. Hal ini kerana, kalau kita lihat semula, apakah masyarakat bangun mencegah kemungkaran yang ada di dalam kehidupan mereka?

“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri.” (Surah al-Rum, ayat 41)

Akhirnya, semua ini adalah kerana manusia meninggalkan arahan-Nya, dan melaksanakan perintah-Nya. Allah sudah ingatkan kita:

“Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri “ (Surah al-A’raf, ayat 96)

Kita yang memilih sebenarnya. Kita pilih untuk ingkar, maka Allah turunkan azab kepada kita. Sebagai peringatan.

Sedangkan kita perlu sedar, Allah itu berkuasa hendak menterbalikkan dunia ini, sebagaimana Dia menterbalikkan bumi Kaum Lut. Itu semua mudah bagiNya.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Surah al-Hadid ayat 22)

Sebab itu, ini adalah satu ulang tegur.

Dan hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang akan rasa dirinya ditegur.

Kepada yang bermaksiat, ini satu teguran. Kepada yang tidak ingkar, ini satu ujian. Ujian keimanan. Sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah: 155- 156).

Marilah sama-sama kita muhasabah. Sama-sama juga jaga kesihatan. Amalkan langkah-langkah pencegahan.(yang dinasihatkan oleh pakar)

Saya mendoakan agar Allah selamatkan kita dari bala bencana ini.


>>>Ya Allah, bantulah kami dalam menyedari kesilapan kami, dan bantulah kami dalam memperbaiki diri kami. Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang lemah, dan sering menzalimi diri sendiri.Ameeeenn..

TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.