BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2010-03-19

Kenapa lemah itu datang menyapa?

Kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
aku takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

2010-03-13

Berdakwah,Tarbiyyah dan Berilmu bergerak seiring

(di sunting dari :halaqah online~perkongsian bersama)

Kejayaan dakwah ini (segala puji bagi Allah atas berbagai kurniaNya bagi dakwah ini) dalam bina’ ar-rijal (pencetakan kader), adalah ketika para muasis (pendiri) dan masyayikh (guru) dakwah ini, [semoga Allah terus meluaskan ilmu mereka dan menjadikan sebagai sedekah jariah] mentarbiyah para kader dakwah (nukhbah ad-dakwah) dengan penjelasan yang nyata (al-bayan al-mubin)dan dengan penyampaian yang jelas (al-balagh al-mubin). Hasilnya dengan izin Allah adalah kader-kader dakwah yang memiliki al-fahm asy-syamil (pemahaman yang utuh) dan al-iltizam al-kamil (komitmen yang teguh). Kemudian ketika dakwah ini melahirkan lapisan-lapisan generasinya- dan juga lapisan-lapisan murobbinya .Maka perwarisan generasi tarbiyah dan amal tarbiyah menjadi satu kemestian. Dan pada zaman ini banyak buku-buku tentang ilmu, dan buku-buku itulah adalah salah satu bentuk sarana perwarisan itu.
Yok! jadikan ia jati diri kita...


 Banyak diantara buku-buku ini bernilai tathwir (pengembangan). Di awal tahun 80-an, ketika buku-buku berbahasa Arab yang ditulis oleh para ulama’ harakah islamiyah (pergerakan Islam) masuk secara deras ke negeri ini, dengan cepat dan meluas pula buku-buku ini menjadi referensi atau rujukan bagi pelbagai aktiviti dakwah. Masyarakat muslim Malaysia dan Indonesia yang umumnya tidak akrab dengan bahasa Arab dan budaya membaca buku-buku teks yang relatif masih rendah, menginspirasikan para muassis dan masyayikh dakwah ini untuk menyusun semacam khulasah (ringkasan) dan kajian analisis dari buku-buku berbahasa Arab dalam format skematik sebagai bahan penyampai materi di berbagai ‘halaqah tarbawiyah’. Inilah yang kemudian popular disebut ‘rasmul bayan’.

Di tangan para masyayikh yang luas dan dalam ‘ulum syar’inya, rasmul bayan menjadi sesuatu yang hidup, dinamis, mengarahkan dan sekaligus menghujam. Dengan cepat dan mudah pula, mereka mentransfer rasmul bayan itu dalam proses tarbiyah identik dengan panah-memanah dari rasmul bayan itu.

Persoalan baru muncul ketika rasmul bayan itu sampai di tangan para murabbi yang tidak berlatar belakang pendidikan ilmu syariat (‘ulum syar’iyah). Mulai dari ketidak mampuan menghuraikan penjelasan hingga bingung malah pening makna panah yang satu kepada panah yang lain. Dan secara kumulatif, persoalan-persoalan ini kesan pada kualiti kader dakwah yang dihasilkan, baik dari sisi al-fahm (pemahaman) mahupun dari sisi al-iltizam (komitmen).

Catatan akhir ana, ilmu itu disampaikan dari lisan mahupun pembacaan yang disusun oleh mereka yang dilahirkan dan dibesarkan dalam rahim tarbiyah, mereka yang bergerak dalam debu dan keletihan dakwah yang menyejukkan, mereka yang setia untuk menjaga dan mewarisi kebaikan dakwah ini. Sehingga nuansa ataupun ruh tarbawi, da’wi dan harakinya menjadi sangat kuat dalam penulisan tema-tema rasmul bayan tersebut. Dan itulah diantara buku-buku yang ditulis para ulama’ pergerakan Islam

TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.