BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2009-01-11

Di manakah kita??



Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza...


Ahad ,11/01/2009 - Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.

Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.



" sungguh biadap dan kejam tindakan rejim Zionis kali ini yang sudah semestinya di panggil Bapa Pengganas antarabangsa!! Bagaimana perasaan kita sebagai seorang muslim yang bersaudara tidak tersentuh melihat begitu ramai anak-anak kecil yang tidak berdosa yang kelaparan mati bergelimpangan diserang dek jet perjuang Israil LAKNATULLAH! yang parah dicelah-celah konkrit runtuhan bangunan sedangkan pegawai pertahanan awam Israel Ofer Shmerling bergembira dengan mengatakan ' saya akan bermain muzik hari ini dengan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israil'......."



" BARANGSIAPA YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT URUSAN UMAT ISLAM MAKA DIA BUKANLAH DARI KALANGAN KAMI (Hadis Nabi s.a.w)


Dimanakah kita sebagai Saudara seaqidah umat Islam di Palestin ,tidakkah kita tersentuh atau terasa apa yang dilakukan terhadap saudara kita disana atau kita terus bergelumang dengan keseronakan dunia dan melupakan mereka. ayuh panjatkan doa hulurkan dana bantuan dan boikot segala barangan Amerika Syarikat..Ayuh teman-teman...





0 comments:

TeNang (>_<)


I made this widget at MyFlashFetish.com.